Monday, 25 November 2019

Sidang DUN : Terengganu Permudah Kelulusan Projek Perumahan

SHARE
Dr Alias Razak.
Oleh: Nooreni Abu Bakar

KUALA TERENGGANU, 25 November - Kerajaan Terengganu telah  memendekkan tempoh kelulusan projek perumahan sebagai usaha untuk memudahkan pemaju menyegerakan pembinaan Rumah Mampu Milik (RMM).

Pengerusi Jawatankuasa  Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Dan Alam Sekitar  Negeri, Dr. Alias Razak memberitahu, sebelum ini pihaknya menerima  banyak rungutan daripada pemaju yang mengambil masa yang lama untuk mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

"Ada yang memakan masa yang begitu lama sampai ada sehingga setahun, malah sehingga dua tahun," ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan ADUN Buluh Gading, Ustaz Ridzuan Hashim di dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri(DUN) di Wisma Darul Iman di sini semalam.

Beliau meminta penjelasan lebih lanjut dan perbandingan dengan sebelum kerajaan mengadakan insentif baharu.

Menurut Dr Alias, pihaknya juga memendekkan tempoh kelulusan mengikut bilangan projek dan bilangan unit rumah.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: