Tuesday, 26 November 2019

Sidang DUN : SMIDI Ganti MRSM YT Di Bandar Al-Muktafi Billah Shah

SHARE

KUALA TERENGGANU, 26 November- Kerajaan negeri akan mewujudkan Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) di Bandar Al-Muktafi Billah Shah sebagai ganti kepada  Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Imtiaz Yayasan Terengganu (YT) Ketengah yang ditutup Disember depan.

SMIDI yang akan memulakan sesi persekolahan pada Januari ini bermungkinan akan bertapak selama dua tahun sebelum kembali ke lokasi asal di tapak asal Kolej Islam Sains & Teknologi (KIST), Kuala Berang, Hulu Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Satiful Bahri Mamat berkata, selepas perpindahan SMIDI itu nanti, pihaknya akan memikirkan langkah terbaik agar bangunan di Bandar Al-Muktafi Billah Shah itu tidak menjadi projek gajah putih.

Katanya, penutupan sekolah aliran berpendidikan menengah yang dikelolakan Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu mengambil kira tidak membebankan mana-mana pihak.

“Keputusan itu juga diambil selepas perbincangan khas telah diadakan berhubung status operasi MRSM YT Ketengah yang turut dihadiri wakil MRSM 

“Berdasarkan kerjasama antara Kerajaan Terengganu dan Mara yang dimeterai sebelum ini, pihak Mara menghadapi kekangan kewangan untuk memastikan kemudahan yang disediakan di MRSM-IMTIAZ YT Ketengah setaraf dengan MRSM,” katanya.

 Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Alias Harun (Rantau Abang-PAS) pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Terengganu Keempat Belas (Bajet 2020) di Wisma Darul Iman, hari ini.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: