Wednesday, 27 November 2019

Sidang DUN : RM617 Ribu Bagi Program Anjung Ilmu

SHARE

KUALA TERENGGANU, 27 November - Kerajaan negeri menyumbang lebih RM617 ribu kepada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) untuk perlaksanaan program Anjung Ilmu di Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Satiful Bahri Mamat berkata pihaknya memberi kerjasama kepada pihak JPNT untuk mengangkat ataupun mengekalkan kecemerlangan pelajar-pelajar di negeri ini.

“Pendidikan Negeri Terengganu masih lagi berusaha berjalan dengan baik  dan sebenarnya program anjuran ilmu ini yang berkait dengan medium perkembangan dan pembelajaran  untuk 2019 termasuk modul Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan juga modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ( UPSR).  

“Antaranya adalah bantuan untuk penyediaan kertas peperiksaan percubaan dan sebagainya yang melibatkan kos yang banyak jika tidak kos itu akan dibebankan kepada ibu bapa, dan biasanya pihak JPNT akan membuat percetakan dengan Yayasan dan akan diedarkan ke seluruh Terengganu tanpa mengira sekolah bandar dan luar bandar jadi perkara ini dapat dirasai seluruh pelajar.

“Dan kos itu tidak berkurang daripada yang lepas bahkan pada tahun ini kita membayar RM3.8 juta kerana yang lepas dia cetak sahaja tapi tak bayar.. tahun ini baru mula bayar, jadi peruntukan itu sekaligus pada zaman ini,”ujarnya.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan dan soalan tambahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit,  Bazlan Abd Rahman  pada Mesyuarat Ketiga Penggal Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri Ke-14 di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: