KUALA
TERENGGANU, 25 November - Projek pembangunan Bandar Baharu Kuala Nerus kini
mencapai kemajuan 78.77 peratus ( sebenar) berbanding
72.25 peratus mengikut jadual sehingga 20 Oktober 2019.
Pengerusi Jawatankuasa
Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran,
Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar berkata, kemajuan fizikal projek pembangunan Bandar Baru
Kuala Nerus adalah 81 hari ke hadapan manakala bentuk komponen pembangunan bagi
kos perbelanjaan sebanyak RM600 juta melibatkan enam perkara.
“Perkembangan
yang baik bagi projek yang sedang berjalan.Sementara itu, kos perbelanjaan RM600
juta turut meliputi komponen utama yang melibatkan komponen satu dan dua iaitu jalan utama yang melibatkan hampir
RM300 juta.
“Manakala
komponen dua yang melibatkan kompleks bangunan pentadbiran meliputi bangunan
pejabat daerah, dewan perdana, bangunan gunasama, masid dan promenade yang
menelan peruntukan lebih kurang RM175 juta,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan
lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepuh, Hishamuddin Abdul Karim pada
Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Terengganu Keempat Belas
(Bajet 2020) di Wisma Darul Iman, hari ini.
Pembangunan di pusat pentadbiran itu bakal merangkumi
penyediaan segala infrastruktur yang diperlukan termasuk pejabat pentadbiran
kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan yang dijangka siap pada Disember 2020.
0 komen: