![]() |
MB (tengah) ketika berada di DUN Terengganu semalam. |
KUALA
TERENGGANU, 26 November - Kerajaan negeri berhasrat untuk membina sebanyak
20,000 unit Rumah Mampu Milik (RMM) sehingga tahun 2023.
Menteri Besar
Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan mempertanggungjawabkan
tugas melaksanakan keperluan rakyat itu kepada agensi-agensi kerajaan dan pihak
swasta.
Katanya,
untuk tujuan itu pada tahun ini kerajaan sedang membina rumah berkenaan
sebanyak 2,200 unit dalam tujuh projek.
Katanya, kerajaan
merancang untuk membina masing-masing 5,000 unit untuk tahun depan, tahun 2021
dan 2022.
Manakala pada
tahun 2023 kerajaan merancang untuk membina 2,800 unit rumah berkenaan.
Beliau
berkata demikian ketika menjawab soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Wakil Wanita, Zuraida Md Noor dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Persidangan Kedua
Dewan Undangan Negeri Ke-14 (Bajet) di Wisma Darul Iman di sini hari ini.
ADUN itu dalam
soalannya ingin tahu perancangan kerajaan untuk membina rumah tersebut dalam
tempoh lima tahun sehingga tahun 2023.
Beliau juga
ingin tahu sejauhmana sasaran 20,000 unit itu berjaya dicapai berdasarkan
prestasi semasa tahun ini dan nyatakan pecahan unjuran perancangan jumlah
projek dan unit mengikut tahun 2019, 2020, 2021, 2022 dan 2023.
0 komen: