![]() |
MB keluar dari DUN Terengganu. |
KUALA TERENGGANU, 26 November – Jabatan PERHILITAN Terengganu
telah memohon peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di dua kawasan
gangguan termasuk Kampung Ban Ho (Cerul) dan Kampung Teladas (Air Putih)
Kemaman bagi menangani isu gajah liar.
Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, setiap
operasi tangkapan dan pemindahan gajah liar melibatkan kos antara RM40,000
hingga RM50,000.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan bertulis Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Ab Razak Ibrahim di Mesyuarat Ketiga
Penggal Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri Ke-14 (Bajet) di Wisma Darul Iman
di sini hari ini.
ADUN itu dalam soalannya ingin tahu langkah-langkah Kerajaan
bagi menangani isu gajah yang sentiasa datang menyerang kebun atau ladang
kelapa sawit di kawasan pinggir hutan, khususnya di dalam Kawasan Dewan Undangan
Negeri (DUN) Air Putih sehingga meresahkan kehidupan masyarakat setempat.
Dr Ahmad Samsuri berkata, kerajaan melalui Jabatan PERHILITAN
sentiasa komited dalam menangani konflik gangguan hidupan liar khususnya gangguan
daripada kumpulan gajah liar yang sering menganggu dan merosakkan tanaman
penduduk kampung yang berhampiran dengan hutan simpan.
“Bagi menangani gangguan gajah ini, tindakan-tindakan telah
dilakukan oleh pihak Jabatan PERHILITAN termasuk pemasangan Sistem Pagar
Elektrik Gajah Komuniti Mudah Alih (SPEGKOM portable) di Kampung Ban Ho
berjarak dua kilometer,” jelasnya.
Katanya, ini termasuk pemasangan lampu LED berwarna biru di
sempadan kebun dan hutan yang melibatkan beberapa buah kampung iaitu Kampung
Ban Ho, Cerul, Kampung Teladas dan Kampung Pinggir.
“Operasi kawalan di waktu malam iaitu dengan melakukan tembak
halau menggunakan senjata api di kawasan yang dimasuki gajah.
“Operasi tangkapan gajah liar sekiranya berlaku keadaan di
mana kumpulan gajah tidak mahu berundur ke hutan atau gangguan gajah yang
berterusan,” jelasnya.
0 komen: