Wednesday, 27 November 2019

Sidang DUN : Mohon Kerajaan Pusat Segerakan Pembinaan Lapan Jambatan

SHARE


KUALA TERENGGANU, 27 November - Kerajaan Terengganu memohon kepada Kerajaan Persekutuan agar mempercepatkan pembinaan lapan jambatan yang sering dilanda kesesakan terutamanya pada musim perayaan.

Menurut Pengerusi jawatankuasa Infrastruktur Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh, keperluan untuk mengganti atau membina jambatan  baharu tersebut adalah mendesak bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada rakyat.

Beliau berkata, antara jambatan tersebut ialah di Jerteh, Marang, Pulau Rusa, dan Jambatan Kuala Ibai.

"Perkara ini telah dibangkitkan dan dipohon dalam Rancangan Malaysia (RMK) ke-11 lagi dengan kos RM742 juta.

"Kita pohon pula pada RMK ke-12 di jambatan Marang sebanyak RM570 juta, di Pulau Rusa sebanyak RM450 juta dan Jambatan Jerteh Rm600 juta," jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Kuala Berang berkata demikian ketika menggulung perbahasan dalam sidang DUN di Wisma Darul Iman, semalam.

Sementara itu, beliau berkata, permohonan peruntukan RM1 juta Hentian Terminal Bas Jerteh telah diluluskan kerajaan pusat.
 
"Kita bawa ke dalam satu mesyuarat  iaitu Jawatankuasa Perancang Ekonomi Negeri Terengganu dan keputusan mesyuarat tersebut telah menyerahkan kepada KPKT untuk meneruskan projek ini.

“Telahpun berbincang dengan Menteri dan pihaknya telah meluluskan peruntukan tambahan RM1 juta untuk projek tersebut,” tambah beliau.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: