Wednesday, 27 November 2019

Sidang DUN : Lulus 66 Syarikat Sedut Dan Dalamkan Sungai Di Terengganu

SHARE
                                  
KUALA TERENGGANU, 27 November – Kerajaan negeri telah meluluskan 66 syarikat untuk kerja-kerja menyedut dan mendalamkan sungai di seluruh negeri Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman, berkata jumlah ini termasuk dua syarikat yang menjalankan kerja di di jajaran sungai dan satu lagi di bahagian muara.

“66 syarikat atau pengusaha ini adalah yang telah diluluskan sehingga 31 Oktober 2019 di sepanjang sungai yang ada di Terengganu dan untuk muara sahaja, sebanyak 12 syarikat telah diluluskan,” ujarnya. 


Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan Sulaiman Sulong pada Mesyuarat Ketiga Penggal Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri Ke-14 di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.

Sementara itu, menjawap tentang jumlah hasil yang dikutip oleh kerajaan negeri melalui kerja-kerja yang diluluskan ini, Mohd Nurkhuzaini berkata keseluruhannya hasilnya  adalah RM3,133,764.42.

“Ia meliputi sepanjang sungai yang ada di Terengganu iaitu RM771,666.77 dan muara, sebanyak RM2,362,097.65,” katanya.  



SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: