Tuesday, 26 November 2019

Sidang DUN : LPT2 - Kerajaan Persekutuan Belum Bayar RM1.43 Bilion

SHARE
Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
KUALA TERENGGANU, 26 November - Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menjelaskan bahawa hutang semasa kerajaan negeri dengan Kerajaan Persekutuan sehingga 31 Oktober lalu adalah berjumlah RM309.67 juta.

Manakala bayaran yang perlu dijelaskan oleh pihak kerajaan Persekutuan kepada pihak kerajaan negeri atas perbelanjaan projek pembangunan persekutuan yang didahulukan oleh kewangan negeri adalah berjumlah RM1.43 bilion iaitu baki bayaran balik Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2).

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepuh, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim di Mesyuarat Ketiga Penggal Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri Ke-14 di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Hishamuddin dalam soalannya ingin tahu jumlah hutang semasa Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan dan jumlah bayaran yang perlu dijelaskan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri atas perbelanjaan projek pembangunan persekutuan yang didahulukan oleh kewangan negeri.



SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: