Monday, 25 November 2019

Sidang DUN : Kerajaan Negeri Salur RM1 Juta Tubuh Yayasan Tok Ku Paloh

SHARE
Mohd Nor Hamzah.

KUALA TERENGGANU, 25 November- Kerajaan negeri bersetuju meneruskan penubuhan Yayasan Tokku Paloh sebagai mana yang dipersetujui dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), Januari lalu.

Bagi menjayakannya, kerajaan negeri memperuntukkan RM1 juta iaitu sebanyak RM500,000 sumbangan negeri dan bakinya daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah, penubuhan yayasan itu bertujuan untuk menggambarkan kepada masyarakat tentang keprihatinan dan ke'cakna'an kerajaan terhadap jasa ulama terkenal berkenaan.

"Selain itu, ini juga sebagaia salah satu usaha untuk menggerakkan seluruh masyarakat agar mengambil cakna tentang nilai-nilai dan semangat yang ditinggalkan oleh Tok Ku Paloh.

"Penubuhan ini juga bagi menghargai jasa keluarga Tok Ku Paloh dalam meneruskan sumbangan mereka terhadap kerajaan sekarang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Bazlan Abd. Rahman dalam perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, di Wisma Darul Iman, hari ini.





SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: