Wednesday, 27 November 2019

Sidang DUN :Kerajaan Negeri Perlu Mempelbagaikan Sumber

SHARE

KUALA TERENGGANU, 27 November – Kerajaan negeri mampu mengurangkan defisit belanjawan 2020 dengan mempelbagaikan sumber pendapatan termasuk daripada industri perlombongan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Hilmi Harun berkata, Terengganu kaya dengan sumber mineral yang banyak seperti emas, besi, tembaga, perak dan silika.

“Kita tidak dapat menafikan terus perkara tersebut, sebagai contoh lombong emas di Lubuk Mandi yang mana tempat ini telah diserahkan kepada satu syarikat.

“Persoalannya bila kita bertanya, jawapan yang kita terima ialah kerana lombong ini tidak membawa keuntungan,” jelasnya.

Sebaliknya, menurut beliau, apabila disiasat bukan sahaja ada emas di kawasan tersebut tetapi terdapat juga tembaga, dan perak.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan belanjawan 2020 dalam Sidang DUN di sini, semalam.

Kata beliau, kadang-kadang galian tersebut mempunyai nilai yang lebih tinggi daripada emas tetapi tidak diterokai dengan lebih mendalam.

“Kita pun tidak pasti berapa hasilnya tetapi kerajaan negeri perlu perhalusi agar tidak menjadi kerugian,” ujar beliau.




SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: