Wednesday, 27 November 2019

Sidang DUN : Fokus Tanaman Yang Beri Pulangan Segera

SHARE

KUALA TERENGGANU, 27 November – Kerajaan negeri  lebih memfokuskan tanaman yang lebih membawa banyak manfaat dan pulangan segera kepada kerajaan seperti tanaman kontan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata itu merupakan sebab tidak ada  peruntukan dalam bajet 2020 untuk projek penanaman anggur di Terengganu.

“Kerajaan negeri tidak menggalakkan tanaman anggur secara komersial dan menelan perbelanjaan dan kos yang tinggi untuk penanaman dan penjagaan termasuk tidak ada sebarang insentif diperingkat kerajaan Persekutuan.

“Sekiranya penanam-penanam anggur negeri Terengganu memerlukan sokongan teknikal (bukan melibatkan bajet), perkara ini boleh dibincangkan untuk diadakan kursus-kursus dan sebagainya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Roslee Daud  pada Mesyuarat Ketiga Penggal Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri Ke-14 di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.

Untuk rekod, tumpuan tersebut termasuk peruntukan pengembangan atau kelulusan tanah kerajaan bagi projek pertanian baharu.

Menurut Dr Azman, ia selaras dengan hala tuju baharu pertanian Terengganu berdasarkan Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2019-2023 yang menumpukan ke arah menjadikan negeri ini sebagai pengeluar makanan atau 'food security'.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: