Friday, 29 November 2019

Sidang DUN : 2374 petani Mendapat Manfaat Sumber Kejayaan Baru

SHARE


KUALA TERENGGANU, 28 November –Seramai 2374 orang petani mendapat manfaat daripada  Peruntukan Sumber Kejayaan Baru (SKB) sebanyak  RM5, 650, 405 untuk negeri Terengganu pada tahun 2019.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, skim tersebut telah dilancarkan pada tahun 2018.

“Bilangan petani yang mendapat faedah dengan Tanaman durian (Musang King) bagi tahun 2018, adalah 684 orang dengan jumlah peruntukkan RM1, 660, 530 juta.

“Bagi tahun 2019 ada peningkatan jumlah petani yang terlibat seramai 760 orang dengan jumlah peruntukan RM2, 000,851 juta,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut dalam sidang DUN,di Wisma Darul Iman, pada hari ini.

Menurutnya, pada tahun 2018, peruntukan untuk bagi penanaman kelapa matang dan pandan pada berjumlah RM1, 732, 875 juta untuk 930 orang.

“Dimaklumkan tidak ada peruntukan yang disalurkan untuk kelapa bagi tahun 2019,” tambah beliau.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: