Tuesday, 26 November 2019

Sidang DUN : 114 Pemohon Terima Manfaat Skim Bantuan Modal Tani

SHARE


KUALA TERENGGANU, 26 November- Seramai 114 pemohon telah diluluskan permohonan mereka untuk menerima manfaat dari Skim Bantuan Modal Tani (SBMT) melibatkan dana berjumlah RM2.46 juta sejak mula dilancarkan pada 29 Januari 2019.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, manakala  seramai 73 pemohon masih menunggu jawapan, inshaAllah pihak kerajaan akan menilai pemohon mereka dan  meluluskan  permohonan itu sebelum akhir tahun ini.

Katanya, mereka yang layak boleh memilih mana-mana pembekal  barangan dan kelengkapan pertanian yang berdaftar dengan  Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
“Langkah itu bagi memudahkan pemohon mendapatkan barangan yang diperlukan mengikut nilaian kelulusan selain mengelak ditipu oleh pembekal,”katanya

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Nawi Mohamad (Hulu Besut-BN) pada Sidang Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Iman, hari ini.

Dalam ucapan Belanjawan 2020, kerajaan negeri bersetuju untuk terus memperuntukkan pinjaman patuh syariah tanpa faedah dengan jumlah sebanyak RM5 juta untuk tahun depan.

Pinjaman tersebut berjaya membantu ramai petani yang kekurangan modal untuk bertani pada tahun ini.

Di samping itu juga, kebajikan para petani yang ditimpa musibah akan terus dipelihara iaitu dengan mewujudkan Tabung Bencana Petani. Sebanyak RM500 ribu akan diperuntukan untuk tabung ini,.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: