Tuesday, 12 November 2019

‘Semak Dan Imbang’ Pendekatan Kerajaan Negeri

SHARE


KUALA TERENGGANU, 11 November – Pendekatan  kerajaan Terengganu dengan melawat setiap jabatan merupakan ‘semak dan imbang’ antara pengurusan negeri dengan ahli yang berhormat sebagai wakil rakyat.

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato’ Yahaya Ali berkata, lawatan tersebut merupakan platform yang terbaik bagi mereka yang berurusan terus dengan rakyat.

“Hari ini rombongan daripada Dewan Undangan Negeri  yang diketuai oleh saya mengadakan lawatan ke Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM). Alhamdulillah  lawatan pada hari ini sangat bermakna .

“MAIDAM adalah satu  institusi yang ditubuhkan khusus untuk menguruskan isu-isu yang berkait dengan kepentingan agama,  kepentingan yang berkait dengan sosial ekonomi umat Islam  dan MAIDAM sendiri adalah di bawah Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin,” jelasnya.


Beliau berkata demikian selepas  mengadakan Lawatan Kerja ke Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) di Pejabat MAIDAM, Pusat Pentadbiran Islam Negeri, Kompleks Seri Iman, Jalan Sultan Mohamad, pada hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhamad Khalil Abdul Hadi; ADUN Tepuh, Hishamuddin Abdul Karim; ADUN Wanita, Zuraida Md Noor;  ADUN Sura, Wan Hapandi Wan Nik; ADUN Buluh Gading, Ustaz Ridzuan Hashim; ADUN Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong;  ADUN Manir, Ustaz Hilmi Harun dan Yang Dipertua MAIDAM Dato' Osman Muda.

Justeru itu, beliau berpuas hati dengan apa yang disampaikan oleh pihak MAIDAM dan ia sangat berguna kepada ahli Yang Berhormat untuk menjawab setiap persoalan dalam Sidang DUN dan pertanyaan orang ramai.

“Pada  hari ini kita dapat penjelasan  yang sangat terang daripada Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Tuan Haji M. Rozi bin Haji Bidin.

 “Kita dapat penjelasan yang sangat baik  terutamanya berhubung dengan isu pungutan pembahagian  zakat, soal pembangunan dan wakaf-wakaf serta beberapa isu lagilah,” tambah beliau.



SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: