Sunday, 17 November 2019

PETRONAS Sumbang RM6.04 Juta 'Program Back To School' Terengganu

SHARE
Dr Alias (kanan) dan Dato' Wan Mohd Hasnan (kiri) bersama pelajar yang menerima barangan persediaan sekolah.
Oleh : Safwan Syakir

KUALA NERUS, 17 November - PETRONAS menyumbang sebanyak RM6.04 juta sebagai tanggungjawab sosial koperat (CSR) bagi membantu menyediakan peralatan dan pakaian sekolah kepada pelajar yang memerlukan di seluruh negeri Terengganu tahun ini.

Pengurus Besar, PETRONAS Pantai Timur, Dato’ Wan Mohd Hasnan Abdullah berkata, ia dilaksanakan melalui Program Sentuhan Ilmu – Back to School termasuk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal di sini.

“Untuk kawasan DUN Bukit Tunggal, Mereka akan menerima sumbangan bernilai RM241.25 setiap seorang, RM101.25 dalam bentuk barangan berjenama PETRONAS iaitu Beg Sekolah, Set Alat tulis, Botol Air, Topi, Baju Hujan dan Pensil Warna.
Sebahagian dari 400 pelajar  dari DUN Bukit Tunggal menerima bantuan barangan persediaan sekolah dari PETRONAS Pantai Timur.
“Manakala RM140 dalam bentuk 2 pasang Uniform Sekolah berjenama Canggih, 1 pasang Kasut, 1 pasang Stoking,” katanya ketika berucap di Program Back To School anjuran Yayasan PETRONAS di Kompleks Tarbiyyah Darul At-Taqwa (KOMTAQ) Kuala Nerus, pada Khamis.

Harapan beliau, semoga sumbangan ini dapat menyuntik semangat baru kepada pelajar-pelajar untuk  menghadiri kelas persekolahan demi masa depan mereka yang lebih cemerlang.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak menyeru syarikat swasta dan kerajaan (GLS) lebih agresif melibatkan diri dalam apa jua bentuk sumbangan agar berupaya meringankan beban keluarga golongan B40.
Dr Alias Razak.

Serentak itu, beliau mengalu-ngalukan penglibatan mereka untuk menyalurkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

“Jika masing-masing GLC berperanan dalam tanggungjawab sosial mereka Insya Allah golongan yang berpendapatan rendah turut merasa nikmat seperti orang lain di samping dilimpahkan lagi keberkatan kepada syarikat tersebut,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis yang sama.

Seramai 400 pelajar dari 17 sekolah rendah kawasan DUN Bukit Tunggal menerima sumbangan berbentuk pakaian sekolah dan peralatan belajar sebagai persediaan menghadapi sesi baru persekolahan tahun depan.

Menurut Dr Alias lagi, pemilihan DUN Bukit Tunggal dalam program ini sangat bertepatan dengan kadar kemiskinan di DUN itu yang masih tinggi.

Dato’ Wan Mohd Hasnan Abdullah.
“Walaupun kerajaan juga ada peruntukkan tersendiri dalam memberi bantuan persekolahan, tetapi ia belum mencukupi sepenuhnya tanpa sokongan pihak GLC dan swasta.

“Faktor-faktor persekitaran sosial pelajar boleh mempengaruhi jati diri setiap pelajar sama ada dari segi akademiknya mahupun kesedaran sivik seperti kepentingan menjaga kemudahan awam, kebersihan kawasan kediaman dan sebagainya ,” kata beliau lagi.

Dr Alias mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak PETRONAS yang prihatin membantu golongan berpendapatan rendah di negeri ini.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: