Friday, 15 November 2019

Permata Galak Mahasiswa Aktif

SHARE

Oleh: Amiirullah Mansor

KUALA NERUS, 15 November- Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA) bukan hanya menjaga kebajikan mahasiswa bahkan turut menggalakkan mereka aktif melakukan kerja-kerja kemasyarakatan.

Yang Dipertua Permata Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Muhammad Hanis Rozlan berkata, keterlibatan mahasiswa dalam aktiviti luar perlu dititikberatkan.

"Kita akan memperbanyakkan lagi aktiviti dan program pada masa akan datang bagi meningkat kemahiran mahasiswa di luar waktu belajar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Annual Grand Meeting Permata UniSZA sesi 2019/2020 di NR Cafe, baru-baru ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Satiful Bahari Mamat berkata, cabaran pelajar sekarang mungkin berbeza dari zaman dahulu.

"Cuma zaman sekarang kalian (pelajar) perlu berlumba - lumba dan sentiasa berada di saf hadapan dan melakukan perkara yang baik," katanya.

Jelasnya lagi, pihak kerajaan negeri sentiasa memberi sokongan kepada para mahasiswa kerana mereka merupakan harapan untuk mentadbir Negeri Terengganu pada masa akan datang.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: