![]() |
Foto ihsan - Cycling Malaysia. |
KUALA TERENGGANU, 13 November - Sempena Kayuhan
LPT2 De’ Perasing-Ajil, laluan Bukit Besi ke Kuala Terengganu di LPT 2 akan ditutup
untuk semua kenderaan pada 16 November.
Penutupan itu akan bermula pada jam 12.00
malam hingga 2.00 petang bagi memberi laluan acara itu berlangsung.
Dilaporkan acara kali ketiga berkenaan akan
disertai oleh 2,000 peserta dari dalam dan luar negara.
Majlis pelepasan peserta akan disempurnakan
oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada Sabtu ini.
Pertandingan berkenaan melibatkan beberapa
kategori seperti ‘Roadbike’ 100 kilometer, ‘Mountain Bike’ 50 kilometer dan ‘Fun
Ride’ 50 kilometer.
Kejohanan itu turut menawarkan hadiah wang tunai
keseluruhan bernilai RM58,000, di samping cabutan bertuah berjumlah RM35,000.
0 komen: