Wednesday, 13 November 2019

Penjaja Jalanan Dinasihatkan Patuh Arahan Henti Operasi

SHARE


KUALA TERENGGANU, 12 November- Para penjaja dinasihatkan untuk memberhentikan kegiatannya bagi mengelakkan sebarang tindakan yang akan diambil oleh pihak berkuasa.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd NurKhuzaini Ab Rahman berkata, tempoh akhir bagi mereka yang terbabit telah pun dinoktahkan pada akhir Oktober.

Namun begitu katanya masih terdapat kumpulan baharu menjalankan aktiviti menjaja di kawasan lampu isyarat.

" Kelmarin kita buat keputusan, kita dah maklum kepada pegusaha bahawa tempoh dah tamat  dan pihak berkuasa kita akan  bermesyuarat untuk Ops Bersepadu dalam masa terdekat.

 Hak ada ni kira hak haram lah.  Hari tu dalam tempoh bertenang. Semalam kita dah maklum masa ‘time it over’,” jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera berkata demikian ketika ditemui di Wisma Darul Iman , semalam.

Oleh itu, menurutnya, sekiranya berlaku kecelakaan atau apa-apa ke atas diri, mereka tidak boleh salahkan kepada pihak  berkuasa negeri dan akan berhadapan dengan  tindakan penguatkuasa.

“Hak lama takdop (tiada) doh pindah ke Kuala Lumpur. Hak mari jaja tu hak baru. Bila tengok kosong  dia masuk. Ini semua ‘players’ baru bukan  hak masuk awal hari tu

“Takpelah kita dah buat makluman tu dan kita buat penguat kuasaan (ke atas diri mereka yang terlibat),” tambah beliau.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: