Thursday, 7 November 2019

Pembinaan Semula Bazar Warisan Punca Banjir Kilat?

SHARE

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU, 7 November - Pembinaan semula Bazar Warisan didakwa menjadi sebab berlakunya banjir kilat di hadapan Pasar Payang di sini, lewat petang semalam.

Setiausaha Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu cawangan Kuala Terengganu, Ibrahim Jusoh berkata, ia tidak pernah berlaku sebelum ini kecuali apabila terjadi banjir yang cukup besar.

"Tiba-tiba hujan sekejap sumbat doh (longkang). Maknanya saluran longkang itu tersumbat sebab kerja kontrak (pembinaan).


"Kalau biar (tanpa apa-apa tindakan) susah pada semua orang(ramai),"jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di gerai jual kuihnya (Gambar bawah) di Pasar Payang pada pagi ini



Oleh itu,  pihak Persatuan Penjaja dan Peniaga kecil akan memaklumkan kepada kontraktor yang berkenaan supaya kejadian banjir kilat itu tidak berulang lagi selepas ini.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: