Sunday, 17 November 2019

Monsoon Race Berpotensi Diketengahkan

SHARE


Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN, 17 November- Penganjuran Monsoon Race oleh Jerangau Motorcross Team (JMT) setiap tahun bermula 2012  berpotensi untuk diketengahkan serta dinaik taraf ke peringkat yang lebih tinggi di rantau ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran Negeri, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar berharap agar ianya akan diadakan secara berterusan pada setiap tahun.

“Üntuk tahun ini kejohanan sukan lasak yang berlangsung selama dua hari bermula Jumaat lalu turut disertai peserta dari luar Terengganu termasuk Thailand.

"InsyaAllah saya akan bagitau (perkara ini) kepada kerajaan negeri untuk diberikan sedikit bantuan untuk penganjuran akan datang serta dapat diwar-warkan ke seluruh negara," katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada kejohanan berkenaan yang diadakan di Litar Jerangau Motorcross, semalam.

Turut hadir Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman, Pegawai Khas Menteri Besar, Naraza Muda serta Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Bukit Besi, Khaziman Khalik.

Katanya, penganjuran sukan ekstrem berkenaan mampu memberi impak yang baik kepada penduduk Bukit Besi dan juga Negeri Terengganu.

"Kita akan usaha melakukan penambahbaikkan dan peningkatan dari semasa ke semasa, sedikit demi sedikit supaya lebih dikenali oleh masyarakat di rantau ini," ujarnya.

Sementara itu,  Pengerusi JMT, Arfan Tahir berkata berbanding tahun 2012 tahun ini melibatkan peserta paling ramai.


"Iaitu 200 peserta yang datang dari Pahang, Selangor, Kelantan, Negeri Sembilan serta yang paling jauh dari Thailand.

"Menyertai acara yang dipertandingkan iaitu MX Endurance Open, CKD MX, CUB, MX Open, CKD Open, Amatur dan juga Veteren," ujarnya.

Katanya, suasana hujan pada sebelah petang telah menjadikan acara berkenaan lebih mencabar serta menjanjikan aksi yang lebih menarik sehingga penonton tidak berganjak sehingga selesai kesemua acara.

Pihaknya amat mengharapkan kejohanan berkenaan diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri Terengganu dan pada masa akan datang mendapat penajaan untuk diadakan dengan lebih berprestij.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: