Thursday, 14 November 2019

Masyarakat Diseru Agar Siap Sedia Hadapi Banjir

SHARE

Oleh :Norekwan Mamat

BESUT, 14 November - Masyarakat diseru terutamanya Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) agar bersiap sedia bagi menghadapi musim banjir yang akan melanda di negeri ini pada bila-bila masa.

Pegawai Penyelaras DUN Hulu Besut, Ustaz Mat Daik Mohamad berkata, semua pihak telah bersiap sedia sepenuhnya jika berlaku bencana di kawasan tersebut.

"DUN Hulu Besut ini sudah lama tidak dilanda bencana banjir.


"Jadi kita tidak seharusnya leka dan perlu terus bersedia merancang dengan teliti proses pemindahan serta penempatan mangsa banjir supaya berjalan dengan lancar," jelasnya.

Beliau berkata sedemikian ketika ditemui pihak media selepas mesyuarat menghadapi bencana banjir di Dewan Sivik Pasir Akar pada semalam.

Agensi yang turut hadir ialah Angkatan Pertahanan Awam(APM) Daerah Besut, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat(JBPM), Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) dan Pengerusi MPKK DUN Hulu Besut.


Justeru itu, beliau menyeru kepada orang ramai agar sama-sama berdoa supaya dijauhkan sebarang bencana yang tidak diingini.






SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: