Thursday, 28 November 2019

‘Masjid Terapung’ Masjid Pertama Terengganu Anjur Taklimat Dasar Integriti

SHARE
Masjid Terapung, Kuala Ibai. Foto ihsan - Google.


KUALA TERENGGANU, 28 Disember - Masjid Tengku Tengah Zaharah yang lebih dikenali sebagai Masjid Terapung mencatat sejarah apabila menjadi masjid pertama di negeri Terengganu menganjurkan taklimat khas Dasar Integriti Darul Iman (DIDI) hari ini.

Pembentangan DIDI tersebut disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Integriti Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS), Abdul Hadi Harun.

Abdul Hadi dalam ucapannya berkata, integriti merupakan merupakan satu perkara yang harus diberi perhatian sepenuhnya oleh setiap anggota masyarakat.

“Ia termasuk institusi masjid, satu entiti yang sentiasa menjadi rujukan orang awam berkait isu agama dan ejen perpaduan dalam masyarakat,” ujarnya ketika membentangkan DIDI.

Mengulas lanjut, beliau juga menekankan tentang kepentingan integriti dalam melaksanakan agenda mengimarahkan masjid.

“Fungsi masjid bukan untuk aktiviti ibadah secara fizikal semata-mata bahkan tetapi ia merangkumi isu-isu yang berkaitan integriti dalam pentadbiran dan pengurusan masjid.

“Perkara itu yang akhirnya akan memberikan kesan kepada pembentukan masyarakat Islam di negeri ini khususnya dan Malaysia amnya,” tambah beliau

Taklimat tersebut melibatkan semua pegawai dan ahli jawatankuasa Masjid Tengku Tengah Zaharah yang baharu dilantik baru-baru ini.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: