Monday, 25 November 2019

Masalah Air Bertakung Diatasi Segera

SHARE


Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN, 25 November- Masalah air bertakung yang melibatkan lima buah rumah penduduk di Kampung Jerangau telah diatasi segera bagi memberi keselesaan kepada penduduk di situ.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata ianya berlaku rentetan daripada hujan lebat baru-baru ini yang menyebabkan masalah parit tersumbat dan air tidak dapat mengalir.

"Pihak kita telah segera bertindak berbincang bersama penduduk kampung dan juga Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Jerangau untuk mengadakan 'bypass' ke sungai sejauh 100 meter lebih dengan meminta izin penduduk kampung menggunakan tanah mereka," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pihak media mengulas mengenai masalah, semalam.

Ghazali mengucapkan terima kasih kepada pihak MPKK kampung berkenaan yang prihatin dan segera bertindak.

Sehubungan itu, Pengerusi MPKK Jerangau, Arfan Tahir berkata dengan masalah yang diatasi berkenaan diharap penduduk dapat meneruskan aktiviti harian mereka.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: