Sunday, 24 November 2019

Manfaatkan Cuti Sekolah - ADUN Air Putih

SHARE

Oleh: Aminji

KEMAMAN, 24 November - Sesi persekolahan 2019 bakal menutup tirai secara rasmi pada bulan November ini dan pastinya, cuti sekolah menjadi saat yang dinantikan oleh semua murid untuk berehat bersama-sama keluarga.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Ab. Razak Ibrahim berkata, DUN Air Putih menyediakan kem percuma untuk masyarakat di kawasan tersebut.

“Kita menganjurkan Kem Ibadah Remaja Mukmin 2019 pada Ahad ini di Masjid Cheneh. Ia bertujuan untuk menekankan aspek pengetahuan agama dalam diri peserta untuk menjadi manusia yang unggul keperibadian diri," ujarnya.

Untuk pendaftaran boleh terus menghubungi urusetia pendaftaran, Ustaz Iskandar (013-2491832) dan Ustazah Hanani (0111-9323407). Penyertaan terbuka kepada pelajar berumur 10 hingga 17 tahun.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: