Sunday, 10 November 2019

Losong Wakaf Nyior Kembor Juara Sulung Piala Parlimen KT

SHARE
Losong Wakaf Nyior Kembor muncul juara. Foto - Pok Abas

Oleh : Fidee Aziz

KUALA TERENGGANU, 10 November - Pasukan Losong Wakaf Nyior Kembor muncul juara sulung Kejohanan Bola Sepak Piala Ahli Parlimen Kuala Terengganu 2019.

Pasukan dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam itu telah mengalahkan Budiman FC dari DUN Batu Buruk dengan jaringan 2-1.

Dengan kemenangan tersebut, Losong Wakaf Nyior Kembor membawa pulang piala pusingan, piala iringan, wang tunai sebanyak RM3,000 beserta medal kejohanan manakala Budiman FC menerima wang tunai RM2,000 beserta medal kejohanan.

Sementara itu, Island FC dan Kuala Ibai Pantai FC masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000 beserta medal kejohanan selepas berada di tempat ketiga dan keempat.
Ahmad Amzad.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim menyampaikan hadiah kepada pemenang di hadapan kira-kira 1,500 orang penyokong dari kedua-dua pasukan.

Menurut Ahmad Amzad, kejohanan tersebut akan diadakan sebagai acara tahunan setelah mendapat sambutan yang amat baik apabila edisi pertama ini diadakan.

“Saya merasa syukur pertandingan yang berlaku pada hari ini dan mendapat sambutan baik daripada kalangan masyarakat.

“Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan Piala YB Ahli Parlimen Kuala Terengganu kali ini,” ujarnya ketika ditemubual pemberita dalam majlis berkenaan semalam.
Aksi menarik dipamerkan oleh kedua-dua pasukan.
Keputusan tersebut turut menyaksikan, dua finalis, Losong Wakaf Nyior Kembor dan Budiman FC akan mewakili Parlimen Kuala Terengganu untuk bertanding pada Kejohanan Bola Sepak Piala YAB Menteri Besar tahun hadapan.

Kejohanan tersebut telah menarik minat ramai anak muda dengan penglibatan sebanyak 16 pasukan dari keempat-empat DUN dalam parlimen Kuala Terengganu.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: