Wednesday, 6 November 2019

Lima Orang Warga Emas Disantuni

SHARE


Oleh: Saifullah Jusoh

BESUT, 6 November- Pegawai Daerah Besut turun padang menyantuni lima orang warga emas di Kampung Beris Pak Abu sempena program Bersama Komuniti Mukim Bukit Puteri DUN Kuala Besut.

Ketuanya, Haji Rozali Salleh berkata, mereka juga  turut diberi sumbangan berupa wang tunai dan sedikit makanan.

“Saya rasa gembira kerana dapat turun padang bagi bertemu dengan masyarakat di sini.

"Saya berharap hubungan di sesama masyarakat perlu dijaga agar keharmonian dan keamanan terus dapat dikecapi,”ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui oleh pihak media selepas program tersebut pada semalam.

Turut hadir ialah Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh dan Pengerusi-pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) DUN Kuala Besut.

Di antara aktiviti yang diadakan ialah menziarahi rumah penduduk, pertandingan futsal di antara MPKK, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak dan jamuan gulai kawah.

“Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Mukim Bukit Puteri yang dapat menganjurkan program sebegini,” tambah beliau.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: