Wednesday, 6 November 2019

KT Medical Team Tulang Belakang Parlimen Kuala Terengganu

SHARE
KT Medical Team.
Oleh : Fidee Aziz

KUALA TERENGGANU, 6 November - Kuala Terengganu Medical Team (KT Medical Team) merupakan tulang belakang kepada Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Kuala Terengganu kerana sentiasa aktif melaksanakan setiap aktiviti kemasyarakatan.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, KT Medical Team sentiasa bergerak seiring dalam menjalankan program sosial bagi memastikan rakyat dalam bandar raya berkenaan mendapat khidmat yang terbaik.

“Mereka menyertai dan membantu dalam Program Pusat Khidmat Bergerak, ia antara program yang selalu dijalankan dengan menyediakan rawatan percuma kepada penduduk setempat.

“Saya mengharapkan agar warga KT Medical Team akan terus memberikan perkhidmatan terbaik buat masyarakat,” ujarnya  ketika menyampaikan ucapan dalam Program Makan Malam KT Medical Team, di sini semalam.


Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri,Wan Sukairi Wan Abdullah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Pegawai Khas Hal Ehwal Bukan Islam kepada Menteri Besar Terengganu, Dr Balachandran Gopal Krishnan. 

Menurut Amzad Hashim, KT Medical Team bermula di Pejabat Penyelaras Parlimen PAS Kuala Terengganu yang ketika itu berada di Jalan Banggol.

“Saya menzahirkan rasa bangga dan berterima kasih atas segala kerjasama warga KT Medical Team dalam menyokong program-program yang dijalankan oleh Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Kuala Terengganu.

“Saya berharap agar hubungan baik dan erat ini akan berkekalan dan dapat dipertingkatkan lagi pada masa akan datang,” tambah beliau
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: