Tuesday, 5 November 2019

Kombinasi Umara Dan Ulama Mampu Kembalikan Semula Kehebatan Terengganu

SHARE


Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN, 5 November - Kombinasi diantara gandingan 'umara' dan 'ulama' diyakini mampu mengembalikan semula kehebatan pemerintahan Negeri Terengganu sebagaimana tahun 1911.

Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Parlimen Dungun, Jamaluddin Jusoh berkata gandingan itu pada tahun berkenaan pernah membawa kepada terbentuknya undang-undang tubuh kerajaan Negeri Terengganu iaitu 'Itqanul Muluk'.

"Kombinasi yang berterusan seperti ini perlu ada dan inilah yang sepatutnya kita jalankan di Negeri Terengganu.

"Samada kepimpinan itu mendekati ulama (yang ada) ataupun kita menginstitusikan pendidikan (agama) secara formal dengan (kaedah) begitu cemerlang supaya melahirkan ulama yang akan boleh menjadi umara pada masa akan datang," jelasnya.


Beliau berkata demikian, ketika berucap sebagai ahli panel pada program Bicara Selebriti yang menampikan Shamsul Ghau-Ghau sebagai ahli panel utama, pada program Karnival Bukit Besi Sejahtera, di Padang Astaka Jerangau Sungai baru-baru ini.

Oleh yang demikian katanya, kerajaan negeri sedang berusaha ke arah tersebut.

"Maknanya kita hendak institusi (agama) akan berdaya saing, melahirkan ulama dan (juga) akan lahirlah umara yang mempunyai pemikiran menjejaki agama, kombinasi itu akan menjayakan negeri kita dimasa akan datang," jelasnya.

Tambahnya lagi, generasi pada masa kini perlu menggali, mencari dan mempunyai kesedaran berhubung sejarah 'Itqanul Muluk'.

"Sekiranya terpisah antara ulama dengan pemimpin, (dimana) ulama tidak menasihati pimpinan.

"Pimpinan pula tidak ingin mendekati ulama, maka akan rosaknya manusia (rakyat)," ujar beliau.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: