Sunday, 3 November 2019

Kilang Produk Kenaf Setiu Terengganu Dibuka Tahun Depan

SHARE
Teresa (tengah) dan Dr Azman (dua dari kiri) melihat produk diberbuat daripada Kenaf. Foto oleh - Hidayah Azlin
SETIU, 3 Oktober - Pusat Pemperosesan dan Pengeluaran Produk Kenaf bernilai RM25 juta di Kawasan Perindustrian Saujana di sini akan beroperasi secara rasmi awal tahun depan.

Kilang tersebut dirasmikan oleh Menteri Industri Utama, Teresa Kok hari ini.

Beliau menyatakan bahawa pembinaan kilang tersebut merupakan satu usaha untuk meningkatkan rantaian nilai selain mewujudkan permintaan bagi produk yang berasaskan fiber termasuk kenaf.

Teresa (tengah) dan Dr Azman (dua dari kanan) melawat kilang kenaf dan hasil pengeluarannya.
Katanya, kilang ini dijangka mampu mengeluarkan sebanyak 2,400 metrik tan produk 'non-woven thermobonding' kenaf setahun dengan nilai RM20 juta untuk pasaran eksport dan domestik.

"Kilang ini juga bakal menyokong pembangunan tanaman kenaf sehingga 1,000 hektar di kawasan sekitar melibatkan pekebun-pekebun kecil di Terengganu, Kelantan dan Pahang.

"Inisiatif ini diharap dapat membantu ke arah perkembangan industri kenaf sejajar dengan sasaran yang telah ditetapkan," ujarnya dalam satu kenyataan media sempena perasmian kilang tersebut hari ini.

Teresa (tiga dari kiri) bercakap kepada media selepas melawat kilang kenaf di Setiu.
Turut hadir di majlis perasmian itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim dan timbalannya, Ustaz Hilmi Harun.

Teresa seterusnya berkata, untuk meningkatkan kebolehpasaran produk dan meneroka pasaran baharu bagi industri hiliran, usaha berterusan akan dilaksanakan agar permintaan produk bernilai tambah berasaskan kenaf yang bersifat mesra alam sekitar (environmentally friendly) dapat digunakan secara meluas dalam pelbagai industri termasuk pembinaan, biokomposit, automotif dan lain-lain.

Katanya, program hari ini turut melibatkan pertukaran dokumen persefahaman (MoU) antara Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) dengan Universiti Sains Malaysia (USM) bagi projek RINTIS (Research Innovation Technology and Incubation of Small Enterprises).

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: