Monday, 11 November 2019

Kerajaan Negeri Perluas Sistem E-Dewan

SHARE
Yang Dipertua MAIDAM Datuk Osman Muda.(kiri)


KUALA TERENGGANU, 11 November – Kerajaan Terengganu akan memperluaskan lagi sistem pengurusan Dewan secara digital (e-Dewan) dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan menaiktaraf penggunaannya.

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato’ Yahaya Ali berkata, ia adalah untuk mempermudahkan lagi ahli-ahli Yang Berhormat untuk bersidang.

“Kita akan perluaskan  e-Dewan kita dengan pakej pembangunan, Information and communications technology (ICT) dalam dewan.

 “Dimana dalam pakej berkenaan  banyak  lagi jabatan dapat berhubung  pada pembangunan e-Dewan kita ini,” jelasnya.


Beliau berkata demikian selepas  mengadakan Lawatan Kerja ke Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) di Pejabat MAIDAM, Pusat Pentadbiran Islam Negeri, Kompleks Seri Iman, Jalan Sultan Mohamad, hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhamad Khalil Abdul Hadi, ADUN Tepuh, Hishamuddin Abdul Karim, ADUN Wanita, Zuraida Md Noor,  ADUN Sura, Wan Hapandi Wan Nik, ADUN Buluh Gading, Ustaz Ridzuan Hashim, ADUN Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong,  ADUN Manir Ustaz Hilmi Harun dan Yang Dipertua MAIDAM Datuk Osman Muda.

Oleh itu, menurutnya, Sidang Bajet 2020 pada kali ini yang bermula pada 24 sehingga  28 November  sangat penting kerana ia melibatkan perancangan kerajaan untuk tahun hadapan.

“Kita akan memberi peluang dan masa  yang sebaik-baiknya  kepada Yang Berhormat (YB) dari segi masa persidangan (yang dahulunya) biasa empat hari, kita tambah lima hari sekarang ini,” ujar beliau.

Justeru itu, beliau berharap agar setiap ahli yang berhormat mengadakan perbahasan yang terbaik dalam sidang Bajet 2020 nanti.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: