![]() |
ADUN dan Pegawai Kanan Kerajaan berentap dalam Kejohanan Memanah. |
Yang Dipertua DUN, Dato’ Yahaya Ali berkata, kejohanan dianjurkan
bagi membina ukhuwah sesama ADUN selepas penat bersidang, memerah otak dan berhujah ketika persidangan berlangsung selama lima hari berturut-turut mulai 24 November sehingga hari ini (semalam).
“Ini pendekatan yang boleh kita lakukan dan kita harapkan
program seumpama ini kita dapat laksanakan dari semasa ke semasa.
![]() |
Dato' Yahaya Ali |
“Harap Ahli Yang Berhormat boleh mencadangkan kejohanan sukan
seterusnya lepas daripada ini, yang penting permainan yang kurang berisiko,” jelas
beliau.
Dato’ Yahaya berkata demikian ketika menyampaikan ucapan alu-aluan Kejohanan Memanah
Tertutup ADUN Terengganu di Stadium Negeri di sini semalam.
Turut hadir Penasihat Undang-undang
Negeri Dato’ Azhar Abdul Hamid, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Dato’
Tengku Hassan Tengku Omar, sebahagian besar ADUN dan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri
Terengganu.
Dato’ Yahaya berkata, sebelum ini dua siri kejohanan telah
diadakan termasuk kejohanan boling dan menembak.
Katanya, kejohanan memanah itu dirancang dalam masa beberapa
bulan dan perlu komitmen ADUN untuk hadir jika tidak ada keuzuran.
“Dari segi penyertaan apabila kita mengadakan kejohanan
seumpama ini dia mengambil masa bukan dalam masa seminggu dua, bahkan mengambil
masa beberapa bulan sebenarnya.
“Perbincangan dengan pihak majlis sukan, dengan persatuan sukan
yang berkenaan dan kita ada menyediakan hadiah, dan juga beberapa perkara
teknikal yang sepatutnya kita persiapkan lebih awal.
“Kita kata yang tidak dapat hadir tanpa uzur syar’i, tanpa
sebab-sebab dan alasan munasabah kita agak merasa dukacita juga sebenarnya,”
jelas beliau.
Dato’ Yahaya mengharapkan sukan memanah itu boleh diteruskan
dalam mana-mana kesempatan lain.
![]() |
Isteri Dato' Yahaya, Toh Puan Zarani Othman (dua dari kanan) cuba menyasarkan panahan ke arah papan sasar. |
“Paling tidak kita memanah di rumah jika tidak di tempat lain,”
ujarnya.
Beliau turut mengharapkan kejohanan sukan memanah itu dikembang
suburkan dan menjadikannya salah satu daripada sukan riadah yang dihubungkan
dengan sunnah Rasulullah s.a.w.
“Kita harap. ini (kejohanan itu) adalah di antara
kegiatan-kegiatan yang berfaedah yang boleh melibatkan ahli keluarga kerana ia
bukan merupakan satu riadah dan sukan yang berisiko,” jelasnya lagi.
0 komen: