Friday, 29 November 2019

Jalan Aring - Gua Musang (Tasik Kenyir) Di Tutup Kepada Semua Kenderaan

SHARE


Oleh : Shahril Aswad 

HULU TERENGGANU, 29 November - Laluan utama Seksyen 54,  Jalan Aring - Gua Musang (Tasik Kenyir) kini terpaksa ditutup kepada semua kenderaan akibat dinaiki air selepas hujan lebat tanpa henti sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata,ia berpunca limpahan air terjun dari bukit menyebabkan lumpur dan batu menyekat aliran air longkang dan air melimpah keatas jalan.

"Jalan ditutup akibat dinaiki air hampir satu meter (m) di sepanjang laluan hampir 200 m kepada semua kenderaan namun tidak berlaku pemindahan di kawasan tersebut.

"Kita sedang menunggu jentolak untuk membersihkan sepihan runtuhan tanah dan batu yang tersumbat di longkang agar melancarkan pengaliran air di longkang," ujarnya ketika dihubungi oleh wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), di sini, hari ini.

Tambahnya, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dalam melakukan perjalanan dan sentiasa mendapatkan info terkini tentang laluan bagi menggelakkan berlakunya tragedi.

"Orang ramai boleh menghubungi Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK)  yang akan dibuka mulai jam 8.00 malam ini di Bilik Gerakan IPD Hulu Terengganu," ujarnya.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: