Saturday, 23 November 2019

Jaga Keselamatan Diri Dan Pengguna Jalan Raya

SHARE
Mohd Fazil (kanan) menyampaikan hadiah kepada peserta konvoi
Oleh : Hailmey Mansor

KUALA NERUS, 23 November – Penunggang motosikal diingatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan tidak tinggalkan solat ketika berkonvoi.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri  (DUN) Seberang Takir, Mohd Fazil Wahab berkata, ini kerana sikap bertanggungjawab itu boleh menghindarkan diri mereka dari kemalangan sekali gus tidak putus hubungan mereka dengan Allah.

Katanya, kemalangan sering berlaku berpunca dari sikap tidak mematuhi peraturan jalan raya dan menjadikannya sebagai litar lumba sehingga mengancam nyawa pengguna lain.

Peserta konvoi bersama Mohd Fazil (tengah).
Serentak itu, Mohd Fazil berharap anak muda yang meminati aktiviti ini supaya sentiasa mengingati Allah sepanjang perjalanan yang mereka tempuhi.

"Walaupun anda semua pergi ke mana-mana dalam menyertai konvoi, tetapi sentiasalah menunaikan sembahyang.

"Sekarang tak susah kerana sepanjang jalan ada kawasan rehat dan rawat(RnR) yang menyediakan surau untuk mengerjakan solat," ujar Mohd Fazil ketika merasmikan ulang tahun yang ke 4 Kelab Motosikal Y15 Terengganu di Dara Inn, Telaga Batin Seberang Takir di sini kelmarin.

Selain itu, beliau mengingatkan kepada para peserta konvoi sentiasa menjaga keselamatan diri dan para pengguna jalan raya yang lain.

"Kalian perlu jaga keselamatan diri sendiri kerana para 'rider' kelihatan kecil apabila berada di lebuh raya.

"Pelbagai kenderaan yang melalui lebuh raya seperti kenderaan berat yang tidak nampak anda semua apabila memotong,” jelasnya.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: