Thursday, 7 November 2019

Institusi Keluarga Asas Kesejahteraan Rakyat

SHARE

Oleh : Muhd Afiq Zohir

BESUT, 7 November - Institusi keluarga adalah unit paling asas dan terpenting dalam proses pembentukan masyarakat dan kesejahteraan rakyat.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, ibu bapa juga harus memainkan peranan dalam membantu proses pendidikan anak-anak.

"Untuk melihat hasil yang berkesan maka anak-anak perlu dididik dan diasuh sejak awal usia lagi.

"Persekitaran fizikal, emosi yang ceria dan seimbang (juga) akan memberi impak kepada perkembangan minda kanak-kanak," jelasnya.


Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyampaian Sijil Hafaz Muqaddam Dan Penghargaan Kanak-Kanak Taska Permata Keluarga 2019 di Dewan Gong Kemuntong, Jerteh pada semalam.

Turut hadir ialah Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Haji Azbi Salleh.

Oleh itu, katanya, Kerajaan negeri telah memperkenalkan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS) demi melihat pembangunan modal insan berlaku dengan seimbang dan berkesan di Terengganu.

Saidina Ali R.A menyebut bahawa Nabi SAW pernah bersabda ajarilah anak-anak kamu tiga perkara iaitu cinta akan  baginda, cinta akan keluarga dan membaca Al-Quran.

"Aktiviti sebegini mampu untuk menggilap serta menerapkan nilai-nilai kerohanian dalam kalangan anak-anak," ujar beliau.

Sebanyak 10 buah Taska seluruh daerah Besut yang terlibat dalam majlis kali ini.








SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: