Wednesday, 27 November 2019

Hujan Lebat Di Terengganu Dijangka Berterusan Hingga Sabtu

SHARE
Foto ihsan - Harian Metro.
KUALA TERENGGANU, 27 November - Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan notis amaran cuaca peringkat waspada, dengan hujan lebat dijangka berterusan sehingga Sabtu ini di beberapa tempat di Terengganu dan Kelantan.

MET Malaysia dalam kenyataan hari ini menyatakan hujan lebat dijangka berlaku di Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang di Terengganu.

Di Kelantan pula, kawasan dijangka terjejas ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, dan Pasir Puteh. - Bernama


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: