Saturday, 2 November 2019

‘Geng Surau’ Juara Sepak Takraw Piala Belia I-MiTs

SHARE


Oleh : Fidee Aziz

KUALA TERENGGANU, 2 November - ‘Team Takraw Surau Baru’ muncul juara dalam Kejohanan Sepak Takraw Piala Belia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (I-MITS) selepas menumbangkan Gabungan Sepak Takraw Teluk Paku (GASTEP) A 2-0 di Stadium Negeri, semalam.

Kejayaan itu menyaksikan skuad TTSB A mencipta sejarah apabila menjuarai pertandingan tersebut yang julung-julung kalinya diadakan.

TTSB A yang menurunkan Hasbullah Abdul Aziz sebagai tekong, Mohammad Fadhil Kamaluddin (perejam) dan M. Muhammad (pengumpan) menang 21-19, 21-19 ke atas regu GASTEP A yang dibarisi Azwan Nizam Ayob (tekong), Ahmad Ameerul Aizat Awang (perejam) dan Mohd Lokman Hakim Yusof (pengumpan).

Sementara itu, bagi tempat ketiga bersama menjadi milik GASTEP B dan Bukit Depu B selepas berentap hebat di peringkat separuh akhir.


Selaku juara, TTSB A  membawa pulang hadiah wang tunai RM500 berserta piala manakala Gastep A meraih RM300 dan GASTEP B serta Bukit Depu B berkongsi hadiah wang tunai RM150.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Pengerusi Kelab Peduli Kuala Terengganu Sejahtera (Peduli), Asyraf Annawawi Mohammad.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: