Thursday, 7 November 2019

DUN Manir Bakal Adakan Gotong Royong Perdana

SHARE



Oleh: Ahmad Mawardi

KUALA TERENGGANU, 7 November – Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir bakal mengadakan Majlis Gotong-Royong Perdana Peringkat Kampung-kampung pada 16 November ini.

Ketua Majlis  Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) DUN Manir, Ustaz  Ibrahim Tahir berkata, inisiatif itu merupakan  salah satu pengisian kempen Kampungku Bersih yang diwujudkan.

“Justeru itu, semua MPKK dan warga setempat perlu adakan program yang sama secara serentak di kawasan mereka pada hari berkenaan.

“Ini salah satu program jangka masa pendek dan kita akan rancang untuk jangka masa panjang pula supaya ia menjadi sebahagian daripada inisiatif kempen Kampungku Bersih,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditemubual media  selepas mesyuarat gotong royong perdana bersama agensi-agensi kerajaan di Pejabat Daerah Kuala Terengganu yang dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah KPPD, Nik Mohd Shahrom Nik Md Hashim, semalam.

Tambahnya lagi, program gotong royong ini dipromosikan bagi jangka masa pendek dan pihak mereka akan merancang program seterusnya untuk masa akan datang.

“Selepas ini kita akan adakan lagi beberapa siri program gotong-royong kerana ia memfokuskan aspek kebersihan, keceriaan dan kesejahteraan,” katanya.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: