Saturday, 30 November 2019

DUN Kuala Besut Dilanda Banjir

SHARE

Oleh: Saifullah Jusoh

BESUT, 30 November- Beberapa buah kampung di sekitar DUN Kuala Besut mula dinaiki air sejak semalam.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh berkata, antara kampung yang terlibat ialah Kampung Nangka, Kampung Lampu dan Kampung Paya, Gong Surau.

"Air sudah mula melintasi jalan utama di Kampung Nangka dan Kampung Lampu.


"Kenderaan kecil dinasihati supaya tidak melalui jalan tersebut kerana boleh membahayakan keselamatan diri," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pada hari ini.

Oleh itu, menurutnya, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kuala Besut akan mengambil tindakan segera kepada mangsa yang terlibat dengan banjir.

Justeru itu, beliau menasihati kepada para penduduk agar berjaga-jaga dan mematuhi arahan pihak berkuasa supaya perkara tidak diingini berlaku.






SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: