Friday, 29 November 2019

Dua Sungai Di Hulu Terengganu Melepasi Paras Bahaya

SHARE
Sungai Telemong di Kampung Kuala Ping. Foto Ehsan  Penduduk Kampung


HULU TERENGGANU, 29 November - Dua sungai di daerah ini, Sungai Telemong di Kuala Ping  dan Sungai Berang di Kampung Menerong di sini, melepasi tahap merah atau bahaya yang mendedahkan kawasan rendah, dilimpahi air sungai pada bila-bila masa.

Berdasarkan laporan Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Terengganu sehingga jam 8 malam, paras Sungai Telemong melepasi tahap bahaya iaitu 19.76 meter (19.70 meter bagi paras bahaya), manakala Sungai Berang sebanyak 24.58  meter (24.50 meter bagi paras bahaya).

Selain itu, bacaan air Sungai Peneh di Felda Mengkawang di sini menunjukkan melebihi paras waspada atau kuning iaitu 36.94 meter (36.90 meter bagi paras waspada).

Peningkatan paras air itu berpunca hujan berterusan, kadang kala lebat bermula petang kelmarin dan dijangka paras air sungai berkenaan akan terus meningkat.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: