Monday, 4 November 2019

Dr Khairuddin Ucap Takziah Kepada Keluarga Mohd Danial Danish

SHARE
PK-KUALA NERUS melawat keluarga mangsa lemas di Kampung Tebauk.


Oleh: Nizam at-Takiri

KUALA NERUS, 4 November – Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mengucapkan takziah kepada keluarga Mohd Danial Danish Mohd Jasmin, 14, atas pemergian beliau akibat mati lemas di Sungai Terengganu Selasa lalu.

Dr Khairuddin berkata, beliau amat sedih dengan kejadian itu dan meminta wakil beliau untuk menziarahi dan menyampaikan salam takziah kepada keluarga Mohd Danial Danish.

“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga Mohd Danial Danish atas pemergian beliau, semoga rohnya dicucuri rahmat Allah.

“Saya telah meminta wakil saya dari Pusat Khidmat untuk menziarahi keluarga Allahyarham dan menyampaikan salam takziah saya kepada mereka," ujarnya ketika dihubungi.

Sementara itu, Ketua Sekretariat Pusat Khidmat Kuala Nerus (PK-KUALA NERUS), Ustaz Abdul Hadi Harun membuat lawatan ke rumah keluarga mangsa di Kampung Tebauk di sini bersama Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Kuala Nerus.

Mohd Danial Danish yang  juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pelong Setiu lemas di Sungai Kampung Seberang Tuan Chik Haji ketika mandi bersama empat rakannya yang lain selepas dihanyutkan arus sungai.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: