Wednesday, 20 November 2019

CSR “EPIC Cakna dan Prihatin” Bantu 20 Keluarga

SHARE



Oleh: Aslam Wira

MARANG, 20 November – Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) di bawah inisiatif Tanggungjawab Korperat (Corperate Sosial Responsibility)  membantu 20 keluarga di Dewan Undangan Negeri  (DUN) Rhu Rendang  membabitkan peruntukan sebanyak RM 700 bagi setiap keluarga terpilih.

Pegawai Ketua Eksekutif Kumpulan EPIC Berhad, Saabi bin Wahab berkata bantuan tersebut adalah di dalam bentuk pembelian barangan keperluan asas dan sumbangan wang tunai serta pemeriksaan dan perundingan kesihatan secara percuma.

Program itu adalah hasil kerjasama  Pejabat DUN Rhu Rendang bersama pelajar-pelajar  Fakulti Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZa) dan Sabasun HyperRuncit Sdn Bhd bagi  membantu keluarga miskin dan kurang berkemampuan di  Kampung (Kg) Rhu Dua, Kg Rusila dan Kg Rhu Renggeh.


Pendekatan itu mampu membantu golongan sasar di dalam komuniti dan seterusnya membudayakan nilai sukarela dan aktivisme social, malah program ini diharap dapat dijadikan acara tahunan pada masa akan datang.

Turut hadir menjayakan program Cakna dan Prihatin adalah Isteri Menteri Besar Terengganu, To’ Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab Rahman.

Menurut Tuan Faizah, dia menyambut baik penganjuran Program Cakna & Prihatin EPIC Berhad yang secara tidak langsung dapat menyebarluas budaya masyarakat prihatin dan mendapat manfaat daripada pelaksanaan dasar dan program tanggungjawab korporat yang berteraskan “Out Reach Programme.

 “Ini adalah satu strategi turun padang dan dekat di hati rakyat yang berfokus serta meninggalkan impak kepada masyarakat khususnya golongan sasar yang memerlukan bantuan. “ katanya

Katanya,, dengan mengoptimumkan sumber sedia ada serta menyahut saranan perbelanjaan berhemah oleh kerajaan, usaha-usaha membantu rakyat dapatlah dijalankan secara usaha sama di antara agensi kerajaan dan komuniti selaras dengan slogan Kerajaan Negeri iaitu ‘Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera’.

“Pendekatan “Cari dan Bantu” yang mula diperkenalkan menerusi program Cakna & Prihatin dilihat amat berkesan dalam memudahcara penyampaian bantuan kepada rakyat yang memerlukan bantuan secara langsung.” katanya

Bagi tahun 2019, pihak EPIC Berhad telah menyumbangkan lebih RM350, 000 untuk program-program tanggungjawab korporat setakat bulan September.

Antara badan-badan negeri Terengganu yang telah berjaya dibantu termasuklah sekolah kebangsaan, sekolah tahfiz, institusi pengajian tinggi awam, masjid dan surau; dan juga badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: