Thursday, 14 November 2019

Cinta Kepada Rasulullah Wujudkan Elemen Sejahtera

SHARE


Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN, 14 November- Umat Islam diseru agar mencintai Rasulullah S.A.W kerana mencintai baginda akan mewujudkan elemen sejahtera dalam diri.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, bagi memupuk perasaan berkenaan pelbagai kempen kesedaran serta acara sambutan memperingati baginda di seluruh peringkat diadakan.

"Termasuk di peringkat sekolah rendah, ianya satu usaha yang murni agar generasi masa kini diterapkan dengan nilai-nilai yang dituntut Islam.

"Dengan mengadakan pelbagai pengisian, agar generasi kini sedar akan peri pentingnya mencontohi akhlak baginda apatah lagi anak-anak muda merupakan pewaris kepimpinan dimasa akan datang, pada merekalah terletaknya tanggungjawab mensejahterakan negara," ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas hadir pada Sambutan Maulidur Rasul yang diadakan di Peringkat Sekolah Rendah Kebangsaan Durian MAS II, di Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), hari ini.

Jelas beliau, jika gagal menerapkan perasaan cinta serta tidak menjadikan baginda sebagai contoh teladan maka akan menimbulkan pelbagai gejala yang tidak baik.

“Maka dengan itu, bagi mencapai matlamat berkenaan, maka sewajarnya Rasulullah dijadikan contoh keteladanan sepanjang zaman,”ujarnya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: