Sunday, 17 November 2019

Cari Kaedah Terbaik Atasi Masalah Gejala Sosial - Hanafiah

SHARE
Hanafiah merasmikan Seminar Menangani Gejala Sosial Dalam Konteks Kekeluargaan (SEMAI) di Dewan Besar, Wisma Darul Iman  


KUALA TERENGGANU, 17 November – Kerajaan negeri bersedia menganjur pelbagai seminar sebagai satu wadah ke arah pelaksana organisasi yang sentiasa peka dengan perkembangan kemasyarakatan berikutan masalah gejala sosial di Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata melalui seminar-seminar yang dianjurkan dapat mengintegrasi hasil positif dan mengadaptasi penemuan terbaharu bagi memantapkan sistem kekeluargaan dalam masyarakat di negeri ini.

“Kita juga akan adakan seminar kepada remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), kita akan dekatkan dan beri kefahaman supaya dapat elak dari terjebak gejala seumpama ini.

“Jalan paling penting adalah memastikan anak-anak memahami Islam dan jadikan imam sebagai benteng mereka. Saya yakin jika mereka benar-benar mentaati Islam mereka tidak tergamak melakukan perkara sedemikian,” katanya



Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Menangani Gejala Sosial Dalam Konteks Kekeluargaan (SEMAI) di Dewan Besar, Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Zuraida Md Noor dan Yang Dipertua Yayasan Kebajikan dan Pembangunan Pendidikan Terengganu ( YAKEP).



Beliau juga berkata dunia tanpa sempadan yang wujud pada hari ini terutama penggunaan telefon bimbit menjadi salah satu pengaruh kuat kepada anak-anak muda.

“Data itu saya tidak ingat tapi peningkatan kes sangat tinggi dari tahun ke tahun kerana dunia berada di hujung jari, mereka boleh dapat macam-macam dari telefon bimbit dan anak-anak muda mudah terpengaruh, bila tengok mereka akan cuba mempelajarinya,

Tambahnya lagi, salah laku seks merupakan gejala sosial paling tinggi direkodkan berlaku di Malaysia itu dikesan bermula di alam persekolahan iaitu sekitar umur 15 hingga 25 tahun dan  lelaki lebih ramai terjebak dalam masalah tersebut iaitu sekitar tujuh peratus manakala wanita pula sebanyak lima peratus.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: