Wednesday, 20 November 2019

Belanjawan 2020 Dibentang 24 November Ini

SHARE
Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (tengah) akan membentangkan Bajet Terengganu 2020 pada 24 November ini. Foto oleh - Hishamuddin Abdullah
KUALA TERENGGANU, 20 November - Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar akan membentangkan Belanjawan Terengganu 2020 pada 24 November ini yang bakal menyaksikan perancangan kewangan kerajaan negeri bagi tahun hadapan.

Pembentangan Belanjawan Terengganu 2020 bersiaran secara langsung pada hari Ahad 24 November 2019 bermula jam 10.00 pagi.

Seluruh rakyat dijemput untuk sama-sama menyaksikan perancangan kerajaan negeri dalam membawa Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera. Layari Facebook Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Facebook TV Darul Iman dan YouTube TV Darul Iman.

Pembentangan belanjawan tersebut akan berlangsung pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Terengganu Keempat Belas (Bajet). Persidangan akan berakhir pada Khamis 28 November.

Sesi pembentangan Belanjawan Terengganu bagi setiap tahun pastinya mendapat perhatian oleh seluruh rakyat Terengganu malah rakyat menantikan tarikh pembentangan bajet itu. Sebagai sebuah kerajaan yang prihatin serta bertanggungjawab, kerajaan di bawah kepimpinan Dr Samsuri pasti tahu apa yang perlu dilakukan demi kesejahteraan rakyat.

Setiap intipati peruntukan bajet menjadi fokus dalam kalangan rakyat dan penganalisis kewangan. Apa yang penting, sebarang jangkaan dan harapan rakyat terhadap Belanjawan Terengganu 2020 akan diselaraskan dengan kedudukan kewangan kerajaan.

Hadir sama dalam pertemuan tersebut, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd. Zahari Md. Azahar dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Zainal Abidin Hussin.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: