Sunday, 24 November 2019

Bajet 2020 : RM3.95 Juta Untuk Program Agama Dan Penghayatan Syariat Islam

SHARE

KUALA TERENGGANU, 24 November - Dalam usaha merancakkan program keagamaan dan penghayatan syariat Islam, sebanyak RM3.95 juta diperuntukkan oleh kerajaan negeri bagi menjayakannya di Terengganu.

Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata ini selari dengan penggubalan undang-undang dan penguatkuasaan peraturan dalam usaha menyemarakkan penghayatan syariat Islam dalam semua lapisan masyarakat.

Katanya, ia melalui pelbagai perlaksanaan pelbagai aktiviti dan program bersesuaian seperti Klinik Hukum Agama, Taman Syurga Di Pasar, Tautan Mahabbah Wanita dan Aktiviti Perlaksanaan Syariah iaitu Skuad Amar Makruf Nahi Mungkar.

"Dan bagi menjayakannya, sebanyak RM1.9 juta diperuntukkan,"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet 2020 di Persidangan Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, hari ini.

Tambahnya, Program Madinah Ramadan akan diteruskan pada tahun 2020 termasuk Bantuan Berbuka Puasa kepada seluruh masjid dan surau di seluruh negeri dengan peruntukkan RM2.05 juta.

Ahmad Samsuri juga berkata pihak kerajaan negeri akan membangunkan Modul Itqan Insani yang menggabungkan aspek fizikal, intelektual dan spiritual yang melibatkan pelajar sekolah, belia, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung, penjawat awam dan kakitangan syarikat berkaitan kerajaan untuk memahami dasar-dasar Islam yang dibawa oleh kerajaan negeri.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: