Sunday, 24 November 2019

Bajet 2020 : RM250 Ribu Untuk ADUN Bukan Kerajaan

SHARE


KUALA TERENGGANU, 24 November - Kerajaan negeri bersetuju mengagihkan bantuan am sebanyak RM250,000 kepada sepuluh  Dewan Undangan Negeri (DUN)  bukan kerajaan.

DUN yang terlibat adalah Kuala Besut, Jertih, Hulu Besut, Permaisuri, Langkap, Batu Rakit, Seberang Takir, Telemung, Bukit Besi dan Kijal yang membabitkan peruntukan RM2.5 juta.

Bayaran bantuan itu adalah pertama kali dilaksanakan selepas PAS mengambil alih tampuk pemerintahan pada Pilihan Raya Umum lalu.

Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pendekatan itu membuktikan komitmen dan keseriusan kerajaan negeri yang mahu melihat suasana politik di Terengganu dan di negara ini berlangsung dalam keadaan aman dan harmoni..

Katanya, cabaran sedang menunggu di gerbang tahun 2020, namun dia yakin dengan semangat muafakat yang ada dalam diri rakyat Terengganu, kita akan bersama-sama membangunkan negeri ini ke arah mencapai negeri yang maju.

“Alhamdulillah, PAS dan UMNO sudah menjalin kerjasama menerusi Muafakat Nasional untuk membangunkan negara dan  Terengganu yang kita cintai ini atas dasar Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Terengganu 2020 dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: