KUALA TERENGGANU, 24 November - Kerajaan negeri
memperuntukkan RM1 juta bagi menubuhkan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di
setiap daerah pada tahun depan.
Peruntukan itu
penting bagi mengembangkan fungsi dan peranan UPDI ke arah menjadikan ia lebih
berwibawa sebagai lidah rasmi.
Menteri Besar, Dato’
Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pada masa sama memperuntukkan RM500,000 bagi
mewujudkan studio dan bilik berita TV Darul Iman (TVDI) serta Radio ManisFM.
Katanya selain itu,
diperuntukkan juga sebanyak RM300,000 bagi memastikan berita-berita mengenai negeri
Terengganu mendapat perhatian di akhbar
dan portal berita arus perdana serta di media sosial supaya capaian penerimanya
lebih luas.
“Apa yang
dilaksanakan itu sesuai dengan era
kepantasan maklumat tanpa sempadan dan ditambah dengan kecanggihan pelbagai
peralatan serta aplikasi, penyampaian maklumat berkenaan,”katanya
0 komen: