Sunday, 24 November 2019

Bajet 2020 : Penjawat Awam Terengganu Terima Bonus RM500

SHARE


KUALA TERENGGANU, 24 November- Kerajaan Terengganu hari ini mengumumkan pemberian insentif sebanyak RM500 kepada 12,863 penjawat awam negeri.

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata pemberian itu membabitkan penjawat awam gred 54 dan ke bawah dengan jumlah bayaran lebih RM6.4 juta.

“Pembayaran akan dibuat sebelum akhir tahun ini. Pemberian sumbangan ini adalah sebagai penghargaan kepada penjawat awam yang berdedikasi dan komited sehingga meletakkan Terengganu sebagai antara negeri terbaik di Malaysia,” katanya.

Beliau mengumumkan perkara itu ketika membentangkan Belanjawan Terengganu 2020 dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Iman di sini hari ini

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: