Thursday, 28 November 2019

Bajet 2020 : Mu Buat Kami Bantu' Ayuh Majukan Industri Ternakan

SHARE


 KUALA TERENGGANU, 27 November- Para petani khususnya penternal dicabar agar meningkat produktiviti dengan seruan ' Mu Buat Kami Bantu'.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata pengeluaran daging 30 peratus keperluan sara diri (self-sufficient level) masih banyak kekosongan yang perlu dipenuhi.

“Kerajaan memperuntukan sebanyak RM550,000 bagi program penggadaan induk lembu sado dalam bentuk ‘matching grant’. Untuk setiap ekor induk yang nak diagihkan kepada penternak sasar, kerajaan membiayai separuh kos harga manakala selebihnya ditanggung penternak.

“Kerajaan telah memasukkan dalam perancangan bagi tahun 2020 untuk mengadakan kursus kemahiran ‘special cut’ supaya penternak kita ada kemahiran potong daging dengan cara yang betul,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan dalam sidang DUN di Wisma Darul Iman, pada hari ini.

Menurutnya, banyak peruntukan melalui skim Bantuan Modal Tani (SBMT) diberikan kepada wanita terlibat dalan sektor pertanian, penternakan, perikanan dan asas tani.

Oleh tu, beliau berkata, 12 orang pemohon lagi pemohon wanita yang memohon bantuan tersebut masih dalam proses lagi.

“Setakat Oktober 2019, seramai 201 pemohon telah memohon dan 35 daripadanya ialah
wanita. Seramai 118 pemohon telah diluluskan permohonan mereka melibatkan dana RM2.46 juta, 23 daripadanya ialah wanita melibatkan dana RM337,151.

“ Jangan ingat wanita mohon dana setakat nak buat kerepok lekor, malah ada wanita yang memohon dana untuk penternakan lembu, kambing, itik, ayam kampung, akuakultur dan pertanian fertigasi,” tambah beliau.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: